Sunday, February 2, 2014

Day 6 - 21 Jan - Vientiane - Vang Vieng - Luang Prabang

semua orang dah ready kul 8am .. charles nak tolong hantar keluar dari bandar vientiane, kitaorang cakap nak pergi embassy dulu jumpa kawan dan bfast, dia cakap embassy dekat je 300meter dari hotel dia
kitaorang check alamat dalam gps macam jauh, tunjuk kat dia ok dia tau tempat tu .. rupanya dia confuse dgn embassy philiphine .. 

sampai je embassy, ambassador malaysia in Laos, Dato' Than Tai Hing baru nak keluar pergi airport, sempat jugak berbual dan bergambar

lin, PA dato'
 sign guestbook ..

 bergambar seround dalam bilik dato sebelum pergi bfast kat area tepi sg mekong tu

bfast ngan kak zaida dan lin sebelum kitaorang mulakan perjalanan.


kul 10.17am baru nak gerak ke vang vieng .. lambat gerak tu yang salah budget masa sampai malam kat luang prabang

aku rasa jambatan ni sumbangan kerajaan jepun lah ..

macam ni lah pemandangan sepanjang jalan kat laos ni .. byk kampung2 kecik macam ni 
 memang kena hati2 lah dengan segala haiwan ternakan dan budak2 ..



sampai vang vieng. kitaorang decided untuk continue pergi luang prabang



vang vieng 155km dari vientiane, 3 jam .. separuh jalan agak lurus separuh mountain roads .. boleh dapat speed 50kmj tu kira laju la tu kalau kat laos.. jalan kat laos ni memang hampir semua jalan gunung. bukit bukau .. kat huay xai - luang namtha - boten baru nak dapat long corner .. kalau tak layan short corner je la most of the time .. 


 layan somtam kat vang vieng .. sampai vang vieng kul 1.30 ptg .. minum jap la kan dah 3 jam berjalan ...

kalau nak dapatkan duit kita .. bahagi 2500 .. 10,090 kip ni lebih kurang rm4 la seliter ..

 pemandangan biasa sepanjang jalan. .. laos memang view sangat cantik jalan je teruk :)

cantik sungguh view kan ..




gambar kat bawah ni contoh jalan cantik la ni... jalan kat sini .. bukan setakat lubang je .. tapi semua bahagian jalan akan penuh pasir dan batu kecik .. tak boleh laju sangat .. kang tergolek masuk gaung .. tepi gaung mmg takde penghadang jalan ye .. lagi satu jalan kat laos ni belah kanan .. kalau kat bandar kita boleh tengok kenderaan lain .. bila kat luar bandar camni boleh juga terlupa ..

vang vieng to luang prabang jalan dah start teruk dan rosak .. yang buat cuak tu sebab steep corner tiba2 jalan rosak .. kalau brake pun motor still menggelungsur atas pasir tu .. so hati2 je lah .. dekat 6 jam untuk 228km .. memang gigih betul .. 87km terakhir tu hari dah gelap .. moral down sikit sebab kitaoarng assume jalan akan sama teruk dan rosak .. mujur jalan lebih elok .. kalau tengok dalam graph tu .. dah boleh speed sikit malam tu .. tapi kena lalui semua ni dalam kesejukan suhu bawah 10 celcius .. 




 opss... haha .. no worries .. gs setakat tumbang tu memang makanan dia lah


sepanjang jalan ada byk perkampungan orang asli/ orang gunung .. haiwan ternakan .. babi byk berkeliaran .. kalau terlanggar babi .. sila settle terus kat situ .. terus cabut lepas bayar .. kalau dah involve polis nanti polis nak 'makan besar' dia akan suruh ko bayar gantirugi babi 7 generasi .. mampus ribu2 RM nak bayar .. 

ok dah jumpa gambar babi ..



ada satu bikers terlanggar anak orang asli, cedera je tak mati .. dekat next town dia kena tahan dengan polis masuk lokap .. polis mintak rm40,000 ye .. so sangat berhati2 lah jangan terlanggar apa2 .. aku ada ambik gambar anak babi comel .. jap nanti kalau jumpa gambar tu aku up kat sini .. kat thailand xde scene macam ni .. kereta diaroang pun selamba je parking tengah jalan .. so hati2 lah ye ..

lagi satu scene yang memang rare dan memang kitaorang takde ambik gambar sebagai bukti adalah scene awek berkemban mandi kat tepi jalan .. takut oo nak ambik gambar .. mampus nak kena hambat.. rupanya kat kampung kawasan gunung ni ..paip tu share .. bukan tiap rumah ada paip air .. tapi confirm sejuk giler air tu ..

berjam jam mendaki akhirnya sampai kat satu tempat nampak macam tempat bergambar .. kitaorang assume puncak gunung la kot .. kalau tengok graph ..elevation lebih kurang 1400meter dari paras laut .. elevation gunung jerai baru 1200meter ..



suhu waktu siang dalam 10 celcius .. malam drop lagi .. mungkin 5 atau kurang .. 

jeng2 .. hari dah gelap .. tadi kitaorang follow satu kereta tu untuk bukak jalan .. tapi terpaksa berhenti .. pokpa dan semua orang tak tahan sejuk .. kena pakai baju dua tiga lapis lagi .. pokpa pakai surgical glove dan cari unggun api .. aku punya grip dan seat heater set to max .. tu pun rasa tak rasa jugak .. tapi mmg byk membantu la .. akmal punya gs pun ada heater

akmal bagi candy kat budak2 .. kul 6.30pm masa ni .. tapi gelap macam 7.30 kat tempat kita la ..

akhirnya hampir sampai .. berhenti kencing kat stesen minyak .. rasanya ni 17km dah nak sampai luang prabang .. rasa happy sikit .. ada geng cerita .. ada satu group dari malaysia terpaksa bermalam kat kampung orang asli tu tak berani teruskan perjalanan .. kitaorang mmg faham keadaan tu .. sejuk, dan jalan gunung yang rosak .. mmg sangat bahaya .. mujur sampai selamat ..

kul 9malam sampai . .minum kopi sambil cari hotel .. dalam kul 10lebih rasanya settle kat hotel lyon .. usd15 satu malam

No comments:

Post a Comment